Shopping raya ala-ala je

Hari Jumaat lepas Khilfi discharge dari hospital kitorang terus je shoot balik Seremban.  Kesian kat mama nak tengok cucu dia masa Khilfi admitted haritu.  Tapi sebab dah malam sangat I told her not to come.  Lagipon bukanlah serius sgt pun.  Neneknya tak nampak cucu ni terlompat-lompat, terkinja-kinja main.  Jumaat tu buka ngan Mama.

Sabtu tu balik Melaka pulak.  Turn Mr. Kay berbuka dengan abah.  Told Mr. Kay aku mmg tak laratlah nak masak-masak.  Nanti kita bawak abah ngan makcik buka kat luar je sambil beli baju raya anak-anak.  Kat rumah ni basuh mangkuk pun siap letak stool kat tepi sinki.  Menggoreng nugget pun duduk kat stool sebab I can't stand for more than 5 minutes...and sometimes less than that.  Huhuhu.  Dugaan.

Rupa-rupanya Kak Ngah Mr. Kay balik jugak.  So tak jadilah bawak abah berbuka diluar.  We went to Jusco around 3something to get raya stuffs for the kids.  Gilalah...first time ever aku angguk je kat apa-apa yang Mr. Kay tunjuk.  Dialah yang acukan baju, seluar kat anak-anak.  Aku bersandar and sampai satu tahap tu..awak pilihlah apa-apa...saya nak duduk dah.



Hambik...fink disana-sini.  Ikut jelah kemahuan anak dara nan seorang ini.  Dah besarkan.
Ni pun untuk baju kurung/jubah dia nak color Pink jugak.  Hellooooooooooowwwww

Kluar dari Jusco Ayer Keroh tu around 6...jamlah pulak.  Dah le panas melengit.



Spek mata abah pun jadilah Khilfi oooiii.



Kyra puasa tapi dia punya aktif bercakap buat aku jadi penat ok.  Aku sampai tanya..."kakak...kakak tak rasa haus ke bila asyik bercakap je?"  Dahlah dia bercakap pastu dia nak kita respon pada tiap soalan dia.  Penat weiiiiii.

No comments: