Bukan kedekut...tapi berkira :)

Kat belakang rumah mama ni dah berapa bulan ntah berlubang. Dah buat report kat Majlis Perbandaran Seremban (MPS) berkali2...and pegawai pon dah datang berkali2 ambik gamba.

Semalam barulah contractor datang nak buat. Tu pun sebab gerimis dari pagi bangla2 ni duduk jelah dalam van beriadah. Motif sangat gerimis xleh buat keje.

Pagi tadi bangla ni bagi salam kat dapo nak guna air. Ingatkan nak buat basuh tangan...rupa-rupanya dia nak air utk bancuh simen. Helloooooo ko ingat MPS ni nak ke tolak duit air dari duit cukai tanah cukai taksiran yang aku bayar tu?


Punyalah banyak simen camni agak2 berapa banyak air dia nak guna?





Ketua bangla tu cakap...dia nak guna air nanti dia bayar. Aku cakap...nak guna air bagi saya deposit dulu. Takda deposit saya x bukak air. Langsung dia x jadi guna. Dia gi mintak air kat umah org lain.

Kedekut ke aku ni? Rasa tak kot...ko dpt kontrak buat jalan ni mesti ko dah ada profit. Takat nak bayar duit guna air orang pon ko berkira apahalkan? Aku plak nak kene derma kat ko ke?

Boleh blahhh
posted from Bloggeroid

No comments: