Bawang Goreng

Hello cik puan pasal bawang pun nak blog jugak ke?

Bawang goreng ni biasanya aku jarang makan kalau orang letak yang beli siap dalam peket tu.  Macam takde feel je bila makan.  Tapi kalau orang tabur bawang goreng yg hangit2 goreng sendiri tu aku belasah je.  Itu yang sedap kot.

Jadi haritu buat sup tulang..haaaa for the first time buat sup tulang gelabah ahkak ok.  Tengah-tengah rebus tulang tu rasa macam best gak kalau ada bawang goreng.  At least kalau sup tak best sangat adalah bawang goreng boleh membantu rasa.  Boleh camtu?

Marilah buat sendiri.



Hiris nipis-nipis bawang kecik ye.  Kalau dah lama tak menangis lagi sesuai dekatkan sikit muka ngan papan potong masa hiris tu.  Pastu gaul ngan garam sikit dan toskanlah sekejap supaya bawang tu lepas goreng jadi rangup.




Tada...agak hangit tapi pedulikkan.

No comments: