Congo Bar

Saya bukan tukang masak yang hebat.  Masak pun harini jadi besok belom tentu jadi rasa yang sama.

Tapi sejak anak-anak dah besar dah suka makan kek, biscuits..keinginan nak buat sendiri tu datang.  Dulu kalo buat mmg aku sorang jelah kena hadap.  Mr. Kay bukan penggemar perkara-perkara manis.  Aku yang HITAM MANIS ni je dia gemar...ahakss.

So, kita google resepi congo bar yang orang sibuk canang-canang.  Wahhhhh sikit je bahannya.  List down bahan and ask my brother to buy.  Kata masih dalam pantangkan masa tu.  Jadi orang dalam pantang tak elok keluar...(tangan didada mata ke atas).



This was my first try.  Gelabah ok.  Padahal bahan-bahan ada 6 je.  Cara pun mudahlah sangat.

Kena bakar for 30 minits...bila tinggggggg je bunyi oven...wahhhhh color dia sebelah gelap sebelah cerah.   Agak tak rata pembakaran oven ni. Bila potong oklah menjadi jugak cuma aku rasa agak tebal.  Apakah sebab aku tak guna dulang seperti yang dicadangkan which is 10"x 10"?

4 hari kemudian buat lagi sebab yang first tu dah licin licau.  Siap kene sorok sebab Kyra asyik nak ngadap tu aje.  Kalini konon nak kasi nipis so aku split masuk dlm 2 dulang.  Bila bakar hambikkkkk yang belah atas hangit dulu sebab aku lupa tukar cara bakar.  Oven tu dah set bakar atas bawah.  Kecewalah jugak sebab dahlah aku pandai-pandai gi tambah ingredients...aku tambah walnut...raisins bagai.

Masa mama potong mama kata ok je yang hangit tu...the taste is still there cuma lapisan atas yang ada choc chip tu kene korek sikit sebab jadi pahit.  Jadi mama ngan girlfren adik aku yang perabihkan.

Pastu kali ke-3 buat lagi.



Sama gak tak rata colornya.  Tapi lantaklah.  Aku bukan nak jual pun.  See...sangat menyedapkan hati sendiri.



Rasanya lebih sedap dari yang 1st and 2nd.  Sebab aku kurangkan gula dia dekat 80gram.

So, mama kata...raya tahun depan kita jadikan ni one of our kuih raya.

Saya puas hati sebab anak-anak saya suka makan ni.

No comments: