Good try kakak

Kyra sekarang ni agak rajin nak tolong ammi kat dapur. So kerja dia biasanya kopek bawang. Takut nak bagi pakai pisau biasa...so aku bagi je pisau sapu butter yg ada gigi2 sikit.

Dah setel kopek bawang nak buat benda lain plak. Sebab sayur for the day adalah kacang panjang...makanya silalah patah2kan kacang tu. Aku ambik agak2 untuk buat goreng yang lain aku ketepikan..konon nak buat masak lain sok lusa.

Demo jap camna nak buat...size camna aku nak. Ok dia buat and lulus. Bagus anak ammi.

Tapi kejap dia kata...ok ammi semua dah siap. Wooohaaaaa....memang semua dia patahkan termasuk yang aku dah asingkan tu. Asyik sangatlah tu. Pastu macam2 size ada. Paling pendek dalam 2cm...paling panjang lebih kurang 10cm. Huhuhu.

Jadi kerja ok nak asingkan balik. So mana yang panjang mrlampau tu aku asingkanlah utk guna esoknya pulak.


Anyway good try kakak...next year boleh siang ikan plak ahakss

posted from Bloggeroid

2 comments:

mummy_ayu said...

rajinnya..minta2 sampai ke besar la mcm nie yer.. amin!

sheila arshad said...

harap2 gitulah ayu