Lauk pantang

Dah habis pantang dah pun tapi baru gedik-gedik nak up kan lauk yang mama masak masa aku dalam pantang.  Ni antaranya ajalah.  Banyak lagi kot...ada masanya malas nak snap.

  

Sup lobak putih with daun murungai (orang india panggil murunggai kirey)..camtulah lebih kurang spellingnya.



Ikan siakap stim.  Sekor tu untuk aku sorang je hokayyyyy.



Ikan tenggiri masak kicap + lada hitam + bawang putih bapakkan banyak.



Tempe goreng ngan bawang putih goreng (ni untuk tambah susu katanya).  Layan jelah.



Kailan / Sawi goreng



Ikan bakar .. tapi apsal dalam gambar ni tak nampak cam ikan hahaha.



Air kunyit yang ramai orang tak suka tapi pada aku ok je kot rasanya.  Ada pahit, payau, masin, manis pekat likat.

Ni jelah pulak gambar yang ada (sempat upload) kat picasa web aku ni.  Haritu Khilfi dia pegang phone aku pastu dia terbeli life kat game...huhuhu gilalah aku dapat message kat phone kat aku dah guna RM203.30 from my credit card.  It was my fault actually...beli barang guna cc pastu save je details kat situ.  Lepas kejadian konon nak delete details...tak retilah pulak.  Last-last aku reset to factory setting je phone ni.


1 comment:

Aishah Amin said...

huhu lauk pantang kita macam serupa aje..heheh

salam kenal ya Sheila. Saya Aishah

Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..