Projek waktu malam

Hey korang....sila berfikir dijalan yang lurus ye bila baca tajuk. Suka sangat nak membiru.

Kadang2 aku masuk bilik awal sekarang ni sebab nak tidokan si kecik. Pandai ok dia. Asal dah pukul 9 je dah takmo duduk tempat pakai kipas...nak ekon. Jadi itulah masa kakak ngan abang layan tv secara exclusive. Segala channel cartoon dia bukak.

Ada sekali tu cam pelik gaklah sebab selalu abang mesti pokpek pokpek mulut dia. Kecoh betul pakcik kecik ni..tapi haritu macam senyap je. Dengar suara kakak je menari2 lagu Hi5. Aku keluar sesenyap...ada projek rupanya dia ni.




Kertas yang kena potong bertabur-tabur. Dahlah kipas on full blast...lagilah sampai ke belakang sampainya kertas2 tu. Bukan takat kertas...atas sofa tu rambut pon ada.

Kena cubit 360°... ha laju dia kutip kertas2 tu sambil menjejeh2 airmata

posted from Bloggeroid

No comments: