Raya 2014

Dah nak masuk Hari Raya Haji dah Sharmila baru ko tehegeh2 nak letak gamba raya.

Tapi orang tua2 selalu berpesan...biar lambat asal selamat.

Masa raya aritu aku baru 2 minggu berpantang. Jadi memang tak balik Melaka pon. Mr. Kay je balik dengan anak-anak. Tapi gigihlah jugak mandi pagi nak pakai baju baru sebab nak ambik gamba. Dahlah baju tak matching langsung. Belasah.


My family...baby tak mandi pon lagi tapi apa ada hal...baby tak mandi 3 hari pon tetap wongiii gitu. Motif ada nombo kat gamba sebab Mr Kay anak nombo 6.

Kat rumah Abah semasing sibuk bergamba family. Kesian suami dan anak2ku. Nasib baik my sis in law uploadkan kat fb...jadi adalah bahan mengisi masa boring plus menanggung rindu kat rumah.


Family KakNgah


Family KakLang


Family KakChik - ke5


Umi with Abah and Makcik - ke7


Family Siti - ke8. Caption yg umi buat yang tahan tu. Memang ko lah juara Siti...takde sapa yang mampu challenge.


Family Wan - ke9


Family Adik - ke10. Baby adik pon dah selamat dilahirkan...dah nak masuk 2 bulan dah pon.


Ayaa and Asrul - ke11.


Family Apis - ke12.

Haaaa hambik bersusun.

Pastu ada pulak gamba yang ni...


Anak-anak Abah. No. 1, 5, 11 & 12 takde dalam gambar sebab beraya diperantauan....ahaksss.


Menantu Abah...tapi dukacita menantu hantu no. 6 takde dalam gamba sebab berpantang diperantauan jugak. ahakss


Sebahagian dari cucu-cucu Abah. Total semua setelah dikira adalah 38 orang semuanya cucu atuk. Hopefully many more to come from Umi, Wan, Ayaa and Apis. Atuk kurang qorum cucu perempuan ni.

posted from Bloggeroid

No comments: