Hantu bahulu

Kyra sejak dari dia pandai makan memang dia suka sangat bahulu. Kalau gi rumah orang ada bahulu memang itu je dia hadap.

Pernah skali tu gi rumah sepupu...bahulu dalam bekas kat dapur tapi tak disajikan sebab dah byk sgt makanan yg dia saji. Dijadikan cerita Kyra pergi toilet dan dia ternampak bekas bahulu. Dia sanggup tarik aku ke dapur suruh amikkan. Buat malu hokeyyyyy. Tapi mujur tu rumah sepupu, makanya aku soundlah kat sepupu aku kata aku nak amik brg seketul dua.

Hari Sabtu haritu cousin aku kawen. Dalam doorgift adalah air kotak bahulu sweets bagai. Bahulu jenis besar yang macam kuih bakar tu tau.


Nampak....dia hadap sorang-sorang je. Takmo potong.


Makan layan perasaan pulak tu...huhuhu.

Bila dia prasan aku snap gamba curi dia marah..."apa ammi ni....dosa tau ambik gamba tak cakap ngan kakak". Huhuhu...dosalah sangattttttt.

posted from Bloggeroid

No comments: