Sesekali kebodohan itu mampir

Sabtu haritu pergi Mydin nak stock up barang-barang rumah. Sampai kat tempat jual rempah Kyra nampak makaroni. Dan dan dia kata..."kakak suka makan U ni". Dia panggil mendealah ni U...hahahha kesian anak ammi.

Dia kata..."dulu kakak tak suka. Lepas ammi abah kata kakak kena cuba macam2...kakak cuba dekat school kakak suka pulak". Tak cubo memang taktau kakak.

The next day aku dengan bangganya nak menggoreng makaroni ni. Aku rendam hokay...rendam je dalam air sejuk. Pastu macam eh napa ko keras takmo lembut2 ni? Apa masalah ko makaroni? Ambik telefon konon nak mengugel cara nak lembutkan makaroni. Gedik tak? Cara pon ko nak gugel. Pegang je tipon otomatik otak berfungsi. Wei makcik...inikan adik bradik pasta...wajiblah direbus dulu.


Sib baik sel-sel otak masih boleh berhubung. Tak sia-sia aku minum Anmum Lacta ahaksss.

Lama gak yek nak merebus. Baru ku tau hihi.


Jadilah makaroni goreng berdaging.

Kesian gaklah kat Mr. Kay sebab kalini abah yang reti makan mendealah ni.

posted from Bloggeroid

No comments: