Lasak!

Anak lelaki memanglah lasakkan...lembut karang jadi mat patah plak. Oppss. Lemah lembut berbudi bahasa takpe anak2 ammi...tapi bukan lemah gemalai. Yang tu memang kene smackdown ngan abah nanti.


Si kecik ni sekarang memang tido melampau lasak. Balik umah mama aritu tilam belah bawah cuma yang single bed...aku terjaga pukul 3-4 pagi sebab lutut mcm sakit. Tengok2 kepala dia duduk kat belakang pinggang aku..maknanya masa tido tu aku ensot sebab dia menolak...tak pasal2 aku tido separuh badan atas simen. Patutlah lutut sakit.

Pagi tadi..masa mandi aku dengar Abang nangis. Abang tu kengkadang semua benda dia nak nangis tak puas. Aku tanya dari dalam bathroom kenapa dia nangis..rupa-rupanya Ozil tarik rambut abang. Huhuhu...abang kalah disitu.
posted from Bloggeroid

No comments: