I'm already 6 months...yeayy

Semalam dia 6 months....macam cepat je rasanya.

Mentang2 dah agak senang nak jaga....rasalah cam cepat. Masa dalam pantang tu kenmain rasa mcm berjanggut je anak ni nak besar. Mana taknya melalak tak sudah2. Baby lain tido 2 jam direct...dia tido 20 minit pastu berjaga 2 jam. Hokhek tak sudah2. Mencabar sangat.


Muka mintak kene gigit along aku kata..


Dia memang selalu jd pilihan nyamuk. Akak babysitter tu kata...pandai nyamuk tu pilih yang paling putih huhu.


Nampak besar kepalanya. Adik aku kata "besarnya kepala dia Ngah...macam Total Recall". Sampai hati ko yang.


Tido ada masanya masih nak dibedung.

Aku dah bagi dia makan sejak dari bulan lepas. Tapi bagi sikit jelah...dalam 3 sudu nestum je. Lepas ni bolehlah bg lebih sikit.

Aku ni macam tertunggu2 bilalah agaknya Ozil nak bambam...dia ni more to memanjang rather than mengembang. Anak abah sangat ni!

Dia punya manja ngengada boleh tahan gak especially bila nampak Ammi dia yang comel lote ni. Kalau let say dia tgh duduk ngan Abah...janganlah Ammi ni lalu. Ammi lalu je mulalah nak merengek. Kakak pon bising kata...eeee adik ni ngada2lah. Asyik nak ammi je.. huhu

Tido malam dah agak mudah. Kengkadang aku saja je tahan dia jgn bagi tido sampai pukul 9. Biar dia betul2 ngantuk senang sikit dia nak lelap. Kalau tak karang dia berborak kat dalam gelap tu...dan sambil aku nak tunggu dia lelap aku yang terlelap. Bila mak-mak terlelap satu kerja rumah pon x jalan hokayyy. So, ammi tak boleh terlelap awal. Kena setelkan kerja dulu kalau tak sok pagi kelam kabut mcm charlie chaplin. Bila dah kelam kabut mulalah ammi ngamuk dipagi hari. Huuuuu sooooo not nice to get angry early in the morning but i just can't handle my anger.
posted from Bloggeroid

No comments: