Masak-masak

Saya masak seminggu 2 kali je. Sabtu dan Ahad. Hari lain bila balik kerja tapaukan nasi goreng atau apa2 je sebungkus utk anak2. Itu pun nanti berbaki and either Abah or Ammi kena selesaikan baki. Ustaz kata tak elok makan leftover anak2 sebab nanti anak2 tak mendengar cakap kita. Tapi aku taklah makan yg dlm pinggan dia...aku makan balance yang tertinggal dalam polisterin tu je. Tapi kadang2 kalau rasa lapar sangat and sempat masak before 8, aku belilah bahan utk masak mi goreng ke...mi sup ke dan bergantung jugak pada request Mr. Kay.

Kalau rajin sikit petang tu tapau siap2 nasi kosong sebungkus...so esok pagi tu bolehlah aku goreng lelaju.


Ni lauk awal tahun aritu.


Siap letak cili potong sebab apahal ntah sambal pedal tu tak pedas. Rasa macam masak kicap plak


Yang ni semalam punya. Buat asam pedas ikan duri tp aku confuse sebab nampak cam kari plak. Hoiiii brapa tahun dah kawen ngan orang Melaka.. masak asam pedas pun fail lagi!!
posted from Bloggeroid

No comments: