Bijak atau nakal?

Hari Selasa aku dah siapkan bag sekolah Khilfi. Takde apapun dalam bag tu cuma ada baju and towel utk daycare je.

Pagi semalam masa aku tengah siap2...(as usual mak akan siap paling last sebab mak jadi robot dulu sebelum bertukar jadi manusia biasa) dia cakap...

Khilfi: abang nak balik cepat harini...no daycare.
Ammi: Duduklah daycare...lepas solat asar abah ambik.
Khilfi: Dia buat cross jadi...(tu maksudnya NO).
Ammi: Buat bodo sambung pakai eyeliner.

Masa nak keluar rumah tu...(normally Mr. Kay keluar dulu bawak segala mak nenek beg and start engine). Ammi bawak "handbag" yang paling mahal...yang tidak dijual dishopping mall.

Masa nak tutup lampu ternampak towel Khilfi atas carpet. I was like...eh kenapa towel keluar dari bag?. Takpe...aku kutip towel tu bawak turun. Lepas anta Ozil gi rumah babysitter..masuk kereta aku mintak bag dia nak masukkan towel...tengok dalam bag ada botol susu je. Baju pun dah xde.

Bila tanya dia mana baju...dia kata...."abangkan dah kata No daycare...abang dah simpan baju dalam almari".

Rasa nak marah ke nak gelak? Confirmlah ammi takkan gelakkan...

Nasiblah awak sampai ke petang pakai baju yg sama. Tak kuasa ammi nak naik balik ambik baju.


Dari pukul 6.45 pagi sampai ke 5.35 petang...dia masih pakai baju yang sama.


Pengajarannya...takde makna kalau awak keluarkan baju tu abah nak ambik awak awal. Ingat abah tu takde keje lain ke hapa nak babysit awak kat rumah?


Tapi bila fikir balik...aku paham maksud dia bila dia keluarkan baju tu. Mungkin pada dia...baju dah takde confirm dia xyah duduk daycare. Awak belum cukup mahir nak kelentong abah ngan ammi...huahuahua

posted from Bloggeroid

1 comment:

mummy_ayu said...

ha ha ha..bijak sungguh hero awak yer. ingat tak bawak baju,..nak amik awal la. sabar jer la.