Nak buat ke nak beli??

Anak-anak suka makan kek especially Kyra Saffiya. Penah gaklah dia suruh aku buat kek tp sampai ke harini aku belum yakin nak buat kek sendiri.

Bila tengok gambar2 ni cam terbangkit pulak keinginan nak buat kek. Maybe this weekend aku boleh cuba buat kek dengan Kyra. Jadi tak jadi belakang kiralah yek.


Kusyuk dia makan kek yang dia pilih sendiri.

Masa ni first time pergi ke Quill City Mall. Mula2 pergi AEON Cheras Selatan...full. Pergi Mines.. full jugak...yelah cuti New Year. Last2 Mr. Kay teringat ada mall baru bukak (hahahah ni gamba 1/1/2015...gila lama aku perap). Masa lunch kat tingkat paling atas tu dia ternampak Secret Recipe and dia beriya2 pujuk sambil peluk tangan abah ngan ammi kononnya nak makan kek. Disebabkan kita belum lunch makanya silalah MAKAN dulu baru boleh nak makan aiskrim ke kek ke apa2. Dah sudah makan ammi ngan abah biasalah...terlupa janji manis mereka.

Dah abis shopping2 manja untuk Ozil, sebab tujuan utama keluar untuk nak beli walker dia, dia tarik lagi tangan abah...nak naik gi makan kat SR. Aku macam alahaiiiiii tak kuasa nak naik atas lagi. Pujuk makan kek kat luar aje...dia takmo. Boleh tahan selera orang kaya anak dara ni. Muncung kalo boleh ikat siap boleh buat dendan lagi.

Dah simpan barang hasil borongan dalam kereta...masuklah balik demimu anak. Ammi ngan Abah dah tua sok janganlah diabaikan permintaan kami ye.


Dia sorang je hadap kek tu


Donut pun dia suka gak...huhuhu banyak benda yang anak2 ammi suka makan ammi kene blaja ni.

posted from Bloggeroid

1 comment:

mummy_ayu said...

boleh tu..cuba try test. yg donut tu..kat blog aku ada resepi. senang & sedap..