Nak tidur pon susah

Finally...mereka sedia untuk tidur dibilik sendiri.

Kati beli 2 tahun lepas..tapi jadi tempat letak buku je sebab ... ntah sebab apa ammi pon tak tau...hoho.

Cari point yang boleh merangsang anak2 utk tido dibilik sendiri and i bought them quilt bedsheet. Yang ada fink2 for Kyra and the one plane for Khilfi. Khilfi kata nak jadi pilot bila besar...so there u go. Sesuai cadar ni ngan ambition dia.


Emmmm..si baju biru memang suka menyelit. Dia tido dgn kakak tp macam every hour dia bangun selit2 twpi ammi. Ammi bangun hantar dia masuk bilik semula. Kalo dia sorang memang lantaklah nak selit...tapi kesian kat kakak tido sorang2.


Hari ke2 pun nak selit2 gak...takpe kita kasi can


Hari ke3 demamlah pulak. Demam tido bilik sendiri ke hapa? Tapi harini dia tido on his own bed...yeayy


Ek ehhh boleh pulak tukar2 katil. Abang kata dia takut tido bawah...dia ckp ngan kakak.
Khilfi: Kakak suka kapal terbang tak?
Kyra: Suka
Khilfi: Nanti kakak tido bawah...abang tido atas

Nampak permainan anak bujang ni? Dia tu takut tido bawah sebenarnya. Dia kata kalau ada hantu biar kakak yang kena dulu...ciss.


Sekarang...inilah mereka setiap hari. Lantaklah janji dorang dah ok tido kat bilik sendiri.

posted from Bloggeroid

2 comments:

babyluv_ayang said...

Gud job kids..... Untie punyer Kyra and Mikhail still duk menempek kat dalam bilik untie lagi.... Hihihihi.....

mamayone said...

Comel je nyelit2...