Posing getik

Last Friday ambik cuti...submit leave hari Selasa...memang jadi emergency leave jelah jawapnya. Tapi at least dah submit leave dari tetiba je cuti mengejut.

Pagi we went to SSM...selesaikan masalah "syarikat" Mr. Kay. Rasa cam bisnes juta2 pulak sebut syarikat ni hahah.

Pastu kitorang pegi ke Royal Chulan Ice Skating Rink... dekat The Curve tu. Memula nak gi Aquaria je...tp bila pikir balik...kita dah pernah pegi sana twice so kalini kita kasi thrill lebih sikit. Ammi pun tergedik nak skate skali. Hambik...jatuh macam nangka busuk berapa puluh kali ntah. Huhhhhhh..sampai harini terasa sakit2 lagi tangan ni. Seluar pulak lencun...masa Mr. Kay gi solat jumaat tu kito bertiga gi lunch jap sambil gigil2 sejuk sebab basah.

Dalam 3.30 seriously aku surrender. Penat wei. Penat jatuh. Khilfi lagilah...awal2 dia surrender sebab dia asyik tergolek je. Glove dia kuyup sampai tangan dia pucat lesi. Sian anak ammi. Kyra agak berani...so macam tak rugi bawak dia. Dia jatuh banyak kali tapi x give up. Good effort girl. Takde pulak gamba sebab Mr. Kay tertinggal hp dalam kereta and aku dah letak handbag dalam locker.

Keluar sari situ lalu pulak kat tempat 3D ni.


Hahaha...tolonglah budak gigi gongak ni.




Bukan main lagi dia ni kalo bab posing


Si kecik pon not bad gak posing...cumanya dia ni cam kelibat sikit. Cepat nau berubah posing.




Banyak lagi gambar perasan cantik dan hensem...tp ammi malaslah nak upload.

Lepas ni rasa macam nak pegi hantar budak2 ni skate lagi...tp bagi dorang guna coach. Simpan duit abah and ammi. Rate utk guna personal coach RM120/hour. Kesian tgk dorang asik tergolek2 je

posted from Bloggeroid

1 comment:

tiga lalat said...

Salam. Hee layanns ;p