Boleh tahan budak ni

Khalif adalah baby yg sangat lasak. Takat sliding door ke dapur tu mmg kacang sangatlah dia bukak. Dulu boleh gak time masak...tutup sliding door tu jadi dia tengok jelah ammi dia yang cantik jelita ni masak dari sebelah sana. Sekarang dia dah pandai slidekan pintu tu.

Kalau orang bukak fridge...laju je dia datang korek2 barang. Masuk bawah kangkang pon takpe asalkan dia dapat punggah.

Panjat memanjat kasi je kat dia. Sofa tu dah macam takde apa utk dia. Senang sgt manjat. Tapi lagi seminggu utk ke 1 tahun dia masih belum berjalan. Takpe...jangan stress ammi. Tiap anak lain milestonenya.


Ni cerita hari Jumaat. Abang Khilfi takde. Ikut balik Melaka nak bersihkan kubur arwah mak. Kakak tidur cepat and dia bosan agaknya. Macam2 dia buat kat kakak.




Dengan expression muka yang mcm ni dan gaya tangan yang macam tu..korang rasa apa dia buat kat kakak dia

Ada ambik video camna dia tepuk2 muka tarik rambut kakak sebenarnya. Lepas kakak merajuk masum bilik...lagi dia mati kutu terus datang nyelit sebelah ammi.






Mata dah agak layu


tak sampai 5 minit senyap terus. huhu

Ammi pulak mati kutu nak main ngan sapa

posted from Bloggeroid

No comments: