Punggah jangan tak punggah

Punggah dan baby memang tak dapat dipisahkan.  Ibarat air yang dicincang tak akan putus.  Bagaikan aur dengan tebing.

Ni sikit je bahagian yang ammi snap bila Ozil punggah.  Lom lagi dia punggah lemari dapo ammi, lemari baju kakak & abang.  Stress.


Kengkadang tu senyap je dia main sorang-sorang.  Bagus ammi suka.


Sambil punggah sambil tengok Didi & Friends.


Setiap malam Ahad biasanya inilah bags yang ammi dah sediakan depan pintu utk memudahkan kerja mengangkut-angkut esoknya.  Elok-elok bag tu berdiri dengan megahnya...dia boleh jatuhkan.  Kuat jugak budak kurus ni.


Kasut kakak tu dia siap gigit lagi.


Ni semalam.. cubaan mengangkat bag sekolah kakak yang gagal sebab bag kakak berat.

Ozil dah pandai jalan.  Sekarang bukan main eksyen lagi jatuh bangun jalan...jatuh bangun jalan.  Excited ammi ngan abah.

No comments: