Ammi meniru takpe!

Suruh anak buat exercise tapi lepas dah buat menggelebah nak mark buku dia.  Subject lain ok lagi ammi check sambil tutup mata je.  When it comes to Bahasa Arab... I am blank, blur, lost and whatever.  Adalah sikit-sikit perkataan yang aku belajar.  Masih ingat lagi perkataan-perkataan arab masa Kyra kecik dulu.  Tu pun belajar dari CD.  Sapa yang penah dengar lagu "Alif Asadun Singa Lion" tu mesti tau.  Suka lagu tu sebab dia sebut Alif sampai Ya...pastu dia bagi perkataan arab untuk setiap huruf and followed by Malay and English meaning.

Pagi tadi lepas sahur..ambik buku ni sebab memang suruh dia buat latihan ni at babysitter's house masa cuti.  Check buku tu tengok she did about 20 pages.  Masalahnya adalah...ammi tak berapa nak paham.


So...kita tiru jelah jawapan kat belakang ni.  Takpe..ammi tiru Allah tak marah.  Hahahha.

Kengkawan yang lain, macam mana cara korang ajar anak bahasa Arab ni?  Korang belajar sekali atau biarlah anak tu belajar sendiri?

No comments: