Bajumu bajuku jua

Bila ada anak-anak dari jantina yang sama (boleh ayat gini?) kita dapatlah berjimat sikit.  Baju abang turun jadi baju adik.  

Baju Kyra memang bagi ke orang lain jelah.  Samada bagi adik sepupu atau bagi jelah sesapa as long as baju tu tak mereput kat dalam lemari dirumah sendiri.


Ini antara baju Khilfi yang ammi boleh selamatkan untuk adik.  Khilfi ni jenis yang petite.  Maka kebanyakkan baju dia yang masa dia baru belajar jalan boleh digunakan sampai dia pandai melompat, berlari laju.  Nampak...betapa bagusnya dapat anak yang kecik-kecik cili padi.


Ini pun masih Khilfi.  Melampau sungguh duduk atas meja.  Ni kerja babahlah ni.  Seluar yang dia pakai ni masih lagi dipakai sampai harini.  Size M ok.  At the age of 5 dia masih pakai seluar baby kiko size M.  


Tadaa...ini Ozil.  Baju telah dipindahmilik.

Nanti ammi kena korek lagi bag baju lelama tu.  Malasnya nak bawak keluar dari kotak pastu nak cuci.  Huhhhhhhh.

*** Bila rambut Ozil nak panjang ni?  Rambut Khilfi kat atas tu elok je panjang cantik lurus bergaya beralun.  Rambut Ozil ni alahaiiiii..

2 comments:

eynda said...

Besar nanti dah boleh pinjam baju masing2 hehe...

sheila arshad said...

betul tu kak eynda.. baju abang baju adik jugak. tp harap2 abang membesar dengan normallah. nampak gaya macam adik akan besar lebih cpt dr abang