Jangan berangan di dapur

Orang tua-tua selalu pesan jangan menyanyi kat dapo..nanti dapat laki tua.  Tapi laki aku memang tua sikit pun dari aku.  Standardlah cari suami yang berusia sikit pada kita..so kita sama-sama tua.  Hehehhe..

Tapi ini kes berangan apa ntah masa kat dapo.  Lain diotak lain yang dibuat.

Ni cerita last week actually.  Mr. Kay gi pasar and he bought ikan talapia.  Aku ni selalu goreng je ikan ni sebab tak confident nak buat gulai.  Tapi haritu plan nak buat masak lemak tak berapa pedaslah so anak-anak pun boleh makan and kurang sikit kerja aku.

Dah siap tumbuk bahan utk masak lomak kita masukkan santan serai sesiap pastu letak tepi jap..i tumbuk hokay.  Gigih tak??

Sambil-sambil tu kat atas dapur tengah goreng ayam.

Ntah macam mana...ikan talapia yang patut digulai tu pun aku tergaramkunyitkan dan tergoreng.  Boleh?  Dah separuh goreng baru cam tersedar dari lamunan (kalau tajuk lagu..dia jadi Lamunan Terhenti kakakaka)...eh pehal pulak digoreng ikan ni.  Laju-laju keluarkan dari kuali.  Nasib baik belom garing sgt.  Sebab dah memang plan nak masak lemak and bahan pun dah siap maka kita jadikanlah gulai jugak.  Bergoreng ke tak ke itu belakang punya cerita.



Ikan Talapia Goreng Lomak Cili Api tak podeh
Ayam goreng
Bayam Goreng
Kailan Sos Tiram Podeh untuk abah ngan ammi

Itu saja juadah kami untuk cuti minggu lepas.  

** Bila nak gi cari plastik alas meja ni.  Dah koyak rabak dah kena siat ngan Ozil.  Ozil merealisasikan aje...tapi yang memulakannya either Kyra or Khilfi.  Dua-dua tak ngaku.  Good!!


No comments: