Kahwin di mana?

Baca blog kak Di haritu nampak posting dia pasal cerita ni.  Haritu aku pun ada nampak gak kat facebook...nak reply kat post tu macam malaslah.

Kita share post yg sama ye kak Diana Ishak.  Ko jangan cacimaki aku lak kak sebab nak tumpang post yg sama.


Dalam bas SKS (Seremban - Kuala Lumpur)

Tak sangka bertemu jodoh kat dalam bus.  Jarang-jarang aku nak bercakap ngan lelaki dalam bas dan mungkin dah ditakdirkan ini jodoh aku makanya aku jawap soalan dia.  Biasanya orang tanya aku angguk-angguk geleng-geleng je.  Tak kuasa mak nak layan.  Tido lagi baik.

Lepas turun kat CM boleh plak aku ok je bila dia ajak gi minum kat kedai mamak sebelah CM tu.  See betapa down to earthnya aku.  Kedai mamak pun on.

Pastu Mr. Kay kata jarang sungguh dia tengok orang perempuan order teh o ais limau kalau kluar ngan lelaki.  Biasanya apple juice, watermelon juice.  "Awak lainlah" katanya.  Saya mmg lain sebab saya bukan makcik kikis hokay.  Hahhahaha...poyo sangat nih.

Oklah..tetiba macam tersipu-sipu plak aku depan PC ni.

1 comment:

YieN said...

Alolo.. omeyyy sangat tau.. Nak buat entry ni jugaqlah nanti :P