Little Kitchen Helper

Semakin rajin anak dara ni menolong ammi kat dapur.  Alhamdulillah.  Harap-harap rajin sampai ke anak dara la ye.  Jangan nanti asal ammi panggil je kakak memerap kat dalam bilik.  Kalau ammi masak sekarang ni pinggan mangkuk memang Kyra yang ambik tender untuk basuh.  Tapi kalau yang jenis berminyak tu...takpe biar ammi yang setelkan.  Botol-botol susu pun dia dah pandai basuh.  Tapi bila dia malas nak basuh nanti dia cakaplah..ammi botol ni kotorlah, kakak rendam dulu ye.  Hahhahaha


Tengah mengacau daging dalam kuali.  Montot kemain lagi dia ni.

Apa nama proses tu yang bila kita letak daging dalam kuali...biar air-air daging tu keluar?


Ni tengah potong daun bawang + daun sup.  Yang masuk dalam mangkuk banyak tu...yang melantun keluar pun sekianlah punya banyak.  Dan tanpa disedari...lepas dia potong daun bawang + sup dia gi cuci balik.  Huahuahuahua....tapi takpe, we learn from mistake.


Ni Kyra masa dia setahun camtu.. balik dari klinik lepas cucuk terus gigih nak tolong Amuma tumbuk kat dapo.


No comments: