Perasaan yang perasan.

Bukan main lagi anak dara ni sekarang.  Amik video selfie dengan gigi dia yang gongak tu.  Dengan hidung kembang-kembang.  Hadoilah.  

Memang saja je ammi upload kat youtube.  Nanti dia boleh tengok.  Sekarang ni pun kalau dia tengok balik video-video masa dia baby kat youtube dia ketawa kekek-kekek.

Semalam kitorang pergi Slim River visit pakcik Mr. Kay.  All the way mmg kitorang swap anaklah.  Yang lelaki naik satu kereta...yang anak dara naik kereta kitorang.  Kyra kalau ada kakak Aimi...dia tak makan pun takpe.  Memang close sepipit dua orang ni.  Aku dengar je dorang ni borak.  Sekarang ni ceritalah... 1 Arif, 1 Abadi.  Cerita pasal kelas pasal sekolah.  Macam manalah 5-6 tahun lagi agaknya.  Masa tu mesti cerita pasal boyfriend kot kan.


Ada lagi banyak video yang dia shoot.  Apa-apa jelah anak.

No comments: