Rumah ke kapal karam ni?

Lepas lipat kain haritu perut memulas pulak, tak sempat kemas kain semua tinggalkanlah dulu.  Kita selamatkan perut kita dulu.  Aku biasalah..kengkadang (eh bukan kadang-kadang....kebiasaannya) memang bawak handphone masuk toilet.  Main-main candy crush kasi habiskan nyawa yg 5 tu.  Busuk sangat perangai ni kan?  Sila jangan tiru aksi ini.

Keluar dari toilet waaaaaaaaaaaaaaa...macam dilanggar garuda hall itu.  Kakak ngan abang duduk dalam bilik sebab dorang belajar.  Ozil biasanya kalau dia duduk sorang-sorang kat hall tu.  Kalau dah bosan kang dia pepandailah cari kawasan yang lampu terbukak.  Jadi kene pastikan kawasan-kawasan yang tak digunakan ditutup lampunya supaya tak jadi tempat sasaran manusia kecik ni terutama sekali dapur.


Haaaa... hambik.  Habis diteraburkan semua hangers yang aku letak atas sofa.


Masa tu rasa macam nak jerit je kat dia.  Tapi bila tengok kain-kain masih utuh susunannya I was like... takpe.  Sepahlah benda lain as long as tak kacau kain yang dah lipat.  Kalau tak lagi nangis melolong ammi ko ni nak.

Dari jauh dengan tak berspek mata aku nampak macam dia berdiri atas sesuatu.  Puas belek dari jauh tapi tak dapat nak pastikan.


Bila gi dekat...hmmmmmm.  Maknanya dia pergi juga ke dapur walaupun gelap.  I remembered I placed this container dekat dengan microwave  coz I can't find the lid.  Memang dia boleh capailah.  Geram pulak tengok kaki dia duduk dalam tu.  Rasa macam nak gigit-gigit.

1 comment:

Dhiya Afraa Bella said...

Kikikiki, comel betoi anak sheila nih. Nanti bila dia dah besar semua ini kenangan manis. Dhiya pernah jaga anak lecturer jap je 4 jam, hui esok terus demam haha, cam mana la ngupenya bila dhiya ada anak nanti, mahu kurus den haha.