Happy Birthday Husband!

Isnin 12.10.2015 maka secara rasminya umur suami saya beranjak ke 42 tahun.  Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas dan menjalankan tanggungjawabnya.

Aku tak tau nak bagi hadiah apa... teruknya rasa. 

Disebabkan 14.10.2015 adalah cuti Awal Muharram marilah kita dinner diluar.  Ammi belanja.  Masak pagi tadi pun ngam-ngam untuk lunch je.

With budak yang keluarkan duit dari tabung...syiling pun dia angkut masuk beg dia sebab kononnya nak beli hadiah untuk Abah.  Alololo so suwittttt...tapi kita tak gi beli hadiah pun kakak.  Nanti-nanti kakak belilah ye hadiah untuk Abah.


So, kita ke Spicy Crab Restaurant located at 
19, Jalan Anggerik Vanilla X 31/X
40460 Kota Kemuning, Shah Alam.

Kedai ni ada WIFI.  Jadi bolehlah bukakkan youtube untuk Ozil.  Jimat sikit quota data Abah.

 Us.  Yang paling kecik tu tak sudah-sudah dengan youtube.  Sekarang sudah tukar ke ChuChuTV.  Paling dia suka bila keluar lagu "Johnny Johnny" tu.  Siap tengok muka semua orang sambil senyum bangga.


Kita tak order banyak sangat sebab nanti for sure Abah & Ammi yang kene habiskan.  So lets do the food review

Baked Dory Portugese Style.  RM29.00
Taste:  I'm confused with the taste.  Dimanakah rasa keportugesannya?  Tak menepati selera saya.

 
Salted Egg Crab which cost us RM69.00 (L size)
Taste:  Agak muak dan gravynya MANIS!  No no no

 Sotong Fritters size S.  RM23.00
Taste:  Tepung agak tawar tapi the kids ok je.  So ok jelah.


Chicken Tofu for Ozil.  RM15.00
Taste:  Pernah rasa yang lebih sedap dari ini.  Agak tawar kat sini...atau kat sini tukang masak dia memang kurang masin rasanya.


 Belacan Bendi RM10.00
Taste:  Emmmmm..lupa pulak rasanya dia camna.  Ok ok je.

 Tu diaaaa...bibir Ammi.
Kakak, please lah lain kali jangan focus rapat-rapat kat muka ammi camni.  Nasib baik muka tak berjerawat.

Tukang perabis makanan 

Overall, saya rasa memang saya tak datang lagi kedai ni sebab agak kurang kena dengan selera saya.  Mungkin orang lain suka kot.  Mr. Kay pun kata dia cari rasa tapi rasa tu tak sampai.  Ha gituuuuuu.

Nasib baik Mr. Kay yang pilih kedai ni so takdelah rasa bersalah sangat belanja makan ditempat yang kurang best.  Hahahhahah..keji tak perangai bini camni?

No comments: