He still eat porridge

Anak bujang kecik saya masih diberi makan bubur.  Alhamdulillah dia masih nak makan bubur lagi.  Malaslah nak pikir nak bagi dia makan apa kalau tak makan bubur.  Takkan nak bagi nasi putih ngan sup je kot.


Harini kita buat bubur apa yang ada.  Lemak ayam pun letak gak...sebab doctor kata letak lemak sikit.  Dia ni nampak kurus je.


Senang bak ang guna periuk noxxa ni.  Ko dah bubuh semua kat dalam tu pastu ko boleh tinggal gi shopping je.  Ko balik kacau-kacau tadaaaa.. dah siap.

So, utk mulakan kita set ke "stir fry" mode untuk tumis dulu bawang.  Biasanya aku tumis bawang with butter supaya adalah rasa masin-masin sikit.  Memang tak letak garam dalam bubur anak sebab dia kecik lagi kot.

 Dah tumis bawang...tumislah bahan-bahan lain tu kejap.  Kejap je.

Masukkan beras yang telah dibasuh.  Kacau-kacau

Masukkan air agak-agak je.  Takyah banyak sangat macam kita masak bubur atas dapo biasa tu.


 Pastu kita off "stir fry" mode.  Kita pegi ke "high pressure" mode pulak.  Set lebih kurang 20-25 minit.  Tutup penutupnya dan silalah buat keje lain.  Kalau dah siap 25 minit tu dia automatic ke "warm/reheat" mode.

Hasil yang dah siap lupa pulak nak ambik gamba sebab ... sebab lupalah.  Takde sebab lain dah... and Ozil suka bubur dia.

2 comments:

YieN said...

Alaaa.. Nape x habaq awai2 ade periuk semudah camtu? Haha ~

sheila arshad said...

dah heboh dah periuk ni kat fb..