Kaki buli

Ozil memang sangat kaki buli.  Dia adalah anak yang paling suka buat apa yang abah & ammi buat.

Bab lasak pun dia memang mantaplah.  The "lasakest" among the 3.

 Bab tido dia memang fail dari zaman dalam pantang lagi.  Paling lama dia boleh tido cuma 40-45minit je.  Kadang-kadang tu 20 minit pun tak sampai.

Masa ni lagilah, dia tengah tido, baru nak masuk minit ke 25 camtulah and aku tengah sambil lipat kain tengok channel 104.  Tetiba keluar iklan NV nampak lawa nampak lawa tu.  Dia boleh bangun terus mata tengok tv lalu lubang-lubang kain buai tu.  Padahal dah slow sangat dah volume tv tu.

Jenuh aku enjut buai tu konon nak suruh dia continue tido...tapi memang taklah.

Dia pusing-pusing nak keluar sendiri dari buai...ha keluarlah.

Kain buai ni memang dah kepam ye...sebab ni kain buai Alya (anak buah yang sekarang ni dah form 3).  Kain buai dulu besar.  Yang aku beli masa beli buai ni...alahai pendek.  Tak secure langsung..mmg senang-senang anak tu boleh tergolek.

Lepas ni buaian ni bolehlah dipindahmilik ke my brother pulak.  Been using this since umur Kyra 10 months.  Dia dah 10 bulan baru aku sibuk cari buai sebab masa tu aku pregnantkan Khilfi and Kyra masa tu agak lasak gaklah.  Mr. Kay nak gi outstation masa tu and bila tido bawah dia jadi tido sekejap-sekejap.  So malas nak layan tido sekejap dia tu...marilah gi cari buaian.  Aku jenis yang pregnant awal-awal jadi macam makcik zombie...makan tak boleh tido tak boleh jalan tak boleh.  So masukkan dia dalam buaian and dapatlah aku rehat dalam 2-3 jam kalau dia tido.

 Back to this little pembuli... look at what he has in his hand.  Hanger.  Nampak sangat ammi suka rotan anak pakai hanger baju.  Hahhahahha.

Beriya-iya dia rotan abang nak suruh bangun gak kot.

One good thing about abang is...abang tak balas pun kalau adik buat dia.  Dia peluk je.

Kalau adik dia dah besar sikit nanti tak tau lah pulak camna reaction dia.

No comments: