:: KLMJ:: Public Phone

I have new blog reader.  Kyra Saffiya namanya.  Reader yang paling baru ni kata "tak baik ammi cakap aku".  Dosa!

So, ammi kena tukar from aku to ammi.

***********************************************

Budak zaman sekarang dah tak merasa sangat pakai public phone kot ye.  Nak jumpa pun dah payah.

Haritu kat facebook nampaklah ada orang post pasal public phone ni.  Aku eh ammi pun terbayanglah kenangan zaman dedolu.

Bergayut kat public phone...pastu bila duit tinggal seposen alahaiiiiiii rasa nak cakap bye-bye kat bopren tu macam sadis sangat.


Ammi pernah merasa guna phone dari no. 2 sampai ke nombor 5.  Nombor 6 tu dah tak guna sebab masa tu dah keje and dah ada handphone.

Yang no. 2 tu kalau masa bercakap ammi suka je cakar-cakar kuku kat tempat yang warna orange tu sebab texture dia macam kasar-kasar gitu.  Tapi masa tu call pun sebab ada benda-benda urgent je.  Masa tu ammi masih budak-budak hingusan lagi.

Masa yang no. 5 tu baru ammi bergayut ngan bopren.  Siap buat reverse call ke camna ntah...lupa plak namanya.

Kakak nanti memang dah tak gunalah lagi public phone ni...sekarang pun dah sibuk mintak abah belikan handphone.

No comments: