Pembantu Cikgu Disiplin

Kalau kat sekolah dulu ada cikgu disiplin...pastu ada pengawas yang bertindak as pembantu pada cikgu disiplin.

Kat rumah ni pun ada sorang assistant gak.  He imitates almost everything.  Apa yang orang buat dia akan buat especially bab pegang rotan.

Abang dengan kakak kalau mandi memanglah.  Selagi ammi tak jerit suruh keluar memang dorang tak keluar.  Nak mula mandi memang liat...yang besar tolak yang kecik...yang kecik tolak yang besar.  Tapi bila dah start duduk dalam tu macam2 projek dia buat.  Shower cream sebotol tu boleh habis dalam masa seminggu macamkan abah tu pegi Mydin mintak je kat cashier orang tu hulur shower cream for free.  Toothpaste pun sama..dorang dok bukak paip pastu letak toothpaste bawah air.  Habislah keluar segala isi perutnya.  Hangin mak.  Tapi biasanya Kyra ok sikit...si Khilfi tu yang macam-macam.

Ha nampak...assistant ammi tengah pegang rotan depan bathroom.  Siap dia rotan-rotan pintu bilik mandi tu.

Kerusi tu bukan terbalik..tapi memang sengaja diterbalikkan sebab assistant ammi nilah.  Dia panjat selamba kodok je...tau-tau dah sampai atas meja.

Dahlah rumah buruk...dengan situasi macam ni lagi le nampak keburukannya.

Tak puas hati abang ngan kakak mengekek-ngekek dalam bilik air.  Tak senang duduk assistant ni.

Mata nak tengok tv...tapi telinga tak boleh tahan.  Tu yang kejap gi depan tv kejap gi ketuk bilik air.

Nota:  Abaikanlah dinding yang buruk tu.

No comments: