Tak payah sayang-sayang

Hari Isnin haritu aku MC.

Kalau dah MC pun takkan nak terbaring je 8 jam tak bangun-bangunkan.  Bawak-bawaklah mengucap Puan Sharmila.

Lepas siapkan anak-anak lebih kurang, anak-anak dihantar ke tempat sepatutnya.  Ammi nak duduk sorang-sorang kat rumah.  Nak layan perut ni jap.

Jadi kita mulakan hari kita dengan segelas nescafe dan roti + burger + telo goyang.  Burppppp

Pastu baring jap.  Bisa bikin aku guling-guling perut ni.  Dah tua-tua pun nak kena senggugut gak pehal???

Takmo layan sangat perut tu...marilah kita kemas rak buku dalam bilik.  Punyalah banyak majalah lama-lama yang kononnya sayang sangatlah nak buang.  Tak buang tapi tak belek.  Tahun 2015 ni azam aku adalah....tinggalkanlah sifat "sayang sayang sayang" tu.



Koleksi majalah Pengantin tahun 2004.  Masa tu ahkak dah gedik nak kawin dik oooiiiii.  Haruslah majalah ni je yang ahkak beli.  Masalahnya akak kawin bulan 5/2014...pehal sampai ke bulan Julai gigih nak beli majalah Pengantin ni?

Yang ni pulak majalah Rias tahun 2003.  Ada lagi ke majalah ni kat pasaran?  Bersungguh beli sebab suka kat baju yang Aida Aris ni pakai.

 Jadi baju tunang saya pada 5/2013 adalah diinspirasikan dari baju ini.  Orang kat atas ni pakai cantiklah...dia tinggi lampai.  Aku???  Tak ada pulak gambar tunang aku kat dalam dropbox ni.

Dah clear rak buku saya...dah put aside majalah-majalah ni semua untuk dibuang, dijual atau diapa-apakan...janji mata aku clear.


No comments: