Takde modal namanya

Bila dah takde modal nak bebel kat blog...makananlah yang jadi penyelamat.

Jom tengok apa ammi masak untuk hari Sabtu aritu.


Sup ketam, daging belado (lagi-lagi belado), bendi goreng with hati, ayam ala-ala KFC and pegaga for Abah

Menu kalini tak mengikut sunnah langsung.  Wahhhh macamlah selama ni ko masak mengikut sunnah sangatkan.

Sepatutnya kita tak boleh mix makanan laut dan darat, telo with apa ntah.  Dulu aku ada list so masak jarang campur.  Tapi bila otak dah jam (macamlah ko masak hari-hari sampai otak nak jam pikir lauk)...kita belasah jelah.

Mr. Kay beli ayam dia kata Khilfi nak makan KFC.  Tapi dia taknak bawak makan kat KFC sebab fastfood tak elok makan selalu-selalu.  Okayyyyyyyyy...fine.  Baru nak hentak kaki...tapi nanti durhaka.

Camno nak buek ayam ala KFC ni?  Kita google jelah.

So, saya culik jelah resepi dari blog ni... http://cahayahidupku2569.blogspot.my/2014/09/resepi-ayam-goreng-ala-kfc-rangup-dan.html

Thank you tuan blog...saya tumpang resepi ye.

Kita tak letak ajinomoto sebab memang tak pernah beli pun.


Perap dulu pastu kasi taruk tepi.  Ammi nak masak benda lain pulak.


 Adalah nampak macam rupa spicy chicken KFC tu...tapi rasa macam tak berapa nak sama sangat.  Tapi adalah jugak rasanya.

1 comment:

eynda said...

Yg penting rajin masak hehe..