Bila sorang dia sunyi

Masa kat rumah Muma haritu Ammi ajak Abah gi beli susu dengan baju Ozil.  Abang sikit pun tak heran bila Ammi nak keluar.  Dia ralit dengan video game.  yelah...selalu tak pernah jumpa, sekali jumpa video game cam hapa je ntah.  Kakak jelah yang sibuk nak ikut.  So jom.

Dia sorang-sorang conquer seat belakang.  Selalu dengar gak bunyi orang gaduh-gaduh..nak aircondlah nak tepilah nak tengahlah nak bantallah.  Haritu senyap je.


Ammi pusing belakang tengok kakak sorang-sorang tersepit tepi tu dengan spek mata.  Ala-ala merenung nasib diri gitu.  Macam anak dara sangat pun ada gak.

Kat rumah pun kakak macam lost sikit.  Dalam pada dia dapat conquer laptop sorang-sorang, 10 kali gak dia bangun pusing-pusing macam hilang arah.  Mesti selalu ada je orang terselit tepi dia sibuk kata "turn abang, turn abang"...

Cepatlah Jumaat.

No comments: