Chilli Crab Ammi's Style

Balik dari Teluk Senangin tu singgah jap kat Pasir Penambang.  (Cerita cuti-cuti kat Teluk Senangin tu nantilah ammi share).  Konon nak beli seafood murah-murah.  Tapi kukeciwa.  Dah sama je rasa harganya macam kat Pasar Sg. Besi.  Tapi dah alang-alang pergi tu beli jelah.  

Gigih tau ammi ni, Ozil dalam pada kena chicken pox tu pun gi usung dia masuk pasar gak.


Beli ketam bunga ni...agak besar gaklah.  Sekilo RM26.  Malam tu Abah kata masak jelah ketam tu sebab ketam jadi tak best kalau simpan kat freezer.  Jadi marilah google resepi dan masaklah guna barang yang ada je.  Dan jadilah resepi Chilli Crab Ammi's Style.


Bahan-bahan:

4 ekor ketam (bersihkan & belah 2.  Kalau nak senang makan, ketuk-ketuk sikit supaya gigi korang tak sumpik masa makan huhu)
4 labu bawang besar **
6 ulas bawang putih **
1.5" halia **
1 senduk cili blend
2 sudu kecik rempah kari
Seasoning sauce maggi
Sos tiram dan (lain-lain sos yang nak diletak... tapi ammi tak letak)
Air asam jawa (amik besar duit seposen je dah ckp)
1 bj telo
==> Sepatutnya dalam resepi ada serai..tapi ammi yang takde serai nak diletak.

Cara-cara:

1)  Panaskan minyak dan tumis bahan yang bertanda (**) dah wangi sikit masukkan cili blend
2)  Bila cili dah garing, masukkan rempah kari yg dah dibancuh dengan sedikit air.
3)  Masukkan juga sos-sos yang ada, air asam jawa dan letaklah garam dan gula sikit.
4)  Masukkan ketam, kacau sebati dan tutup kejap dalam 10-15 minit.
5)  Pastu kacau-kacau kalau kuah pekat masukkanlah air sikit lagi bagi mesra
6)  Pukul telo, masukkan dan kacau laju-laju
7)  Siaplah...bolehlah makan.


Ni masa belum tambah telo...lepas dah tambah telo terus je tak ingat camera dah.

Kyra dan Khilfi suka walaupun ada rasa pedas-pedas sikit.  Kita ajar je dorang makan pedas supaya senang kerja ammi nanti.

No comments: