Cuti alakadar

Jumaat 6.11.2015, Ammi, kakak & abang ponteng.  Abah memanglah ponteng sentiasa.  Kerja ikut masa abah sendiri.  Kitorang nak gerak ke Teluk Senangin, Lumut.  Abah ada game bola dengan geng-geng veteran dia.

Memula tu ammi ingat Teluk Senangin tu kat belah Pangkor..dah excited gila ni.  Rupa-rupanya kat belah-belah Lumut je.

On the way nak pergi.  Pergi ye ye o je ammi pakai baju cantik.  Dah dekat nak sampai Lumut tu perghhhhh...ammi kena mandi muntah.  Dari tudung sampai ke seluar...seat kereta pun habis.

Sampai je sana...kita jamak dulu solat sesiap sebab kita nak mandi manda sementara Abah gi main bola.  Main kat mana pun ntah.

 Budak ni main sorang-sorang je kat tepi ni.  Takut gila ngan air

Besar kepala anak ammi ni.  Ammi kasi can Ozil main tabur-tabur pasir..korek-korek tanah

Dah pandai wefie...yeayyyy

When ammi ask you to keep your tongue in...lagi dia julurkan gitu.  Ozil dan lidah mmg berpisah tiada.


Nampak...cuak je bila kaki dia kena air sikit.


Cuak...tapi nak membizibodi

 hahahha..pastu nangis gelabah

Hari kedua kita ke Pantai Remis dulu.  Kena gi jumpa doctor sebab batuk selsema Ozil semakin menjadi-jadi.  Pastu nak gi cari laundry sebab baju Ozil banyak habis kena muntah.  Dia asyik muntah je sebab tak selesa dengan tekak mungkin.

Dah gi klinik...tengok-tengok macam kat belah Pantai Remis tu tak jumpa langsung dobi.  Orang sana basuh baju sendiri kot.  Jadi ke Lumut jelah kita.  Kalau tau siang-siang dah gi Lumut je terus.


Sebelum nak gi sini pun ammi kene mandi muntah lagi sekali.  Dapatlah peluang gi Jusco Seri Manjung tu jap...beli baju ngan sluar jeans bodo-bodo.  Sluar jeans RM39 je ko huhuhu

Ammi beli bekas coklat tu konon nak letak mainan anak-anak.  Tapi tak pasal-pasal jadi bakul laundry.  Pastu gi Pekan Lumut cari barang-barang hasil laut.  Gila pulak ammi tengok ikan bilis ikan masin dia.  Perangai makcik-makcik sangat ni.

Petang Sabtu sepatutnya Abah ada game bola lagi...tapi sampai-sampai je kat chalet dorang kata cancel.  Happy gila kot abah...sebab abah macam dah pancit je melayan ammi nak gi sana-sini.

 Perangai sawan tunjuk kaki yang ntah bila nak hilang.
Just nak bagi tau...selipar hitam kuning ni dah sebaya ngan Khilfi Syahmi.  Dah 5 tahun.  Beli 10 hengget pakai 5 tahun.

Malam ada BBQ dinner.

Nasib baik dorang buat BBQ depan bilik Abah Ammi.  Senang sangat nak tidokan Ozil.  Masa ni pun Ozil dah mengantuk sangat sebab tak tido seharian.

 With kawan-kawan Abah.


BBQ

Condition chalet dan perasaan ammi pasal Teluk Senangin ni nantilah ammi cerita.  Nak sambung kije jap.

No comments: