Surat cinta lagi

Anak-anak zaman sekarang memang cepat matang kot ye.  Dulu Kyra pun ada surat cinta camni..tapi yang tu dia yang tulis sendiri.  Ke budak pompuan yang telebih matang??

Khilfi is just 5 years 5 months and he received a "love note" from one girl in his class.

Waaaaaa..ada gak orang minat ngan anak ammi yang hidung kembang ni.

Kakak yang tunjukkan surat ni..dia kata, "ammi, abang dapat surat cinta" sambil gelak-gelak gedik.  Hishhhh ...gedik sangat nih.


Confirm bukan Khilfi yang tulis sendiri sebab ejaan nama dia salah.  He can spell his full name.


Yang penghantar surat ni nama sendiri pun tak pandai eja lagi nak ooiiiii..

Dialog yang buat abah ngan ammi gelak sakan masa makan adalah..

Abah:  Raudhah tu cantik ke?
Khilfi:  Cantik, mata dia bulat.  Tapi abang selalu gaduh dengan Adam Rayyan.  (Dah pandai menilai kecantikkan orang ni)
Abah:  Kenapa gaduh?
Khilfi:  Kita rebut Raudhah (tersembur nasi mulut abah ammi)

Haaaaa... cinta 3 segi sangat ni.

Ammi:  Abis tu Raudhah prefer sapa? Abang ke Adam Rayyan?
Khilfi:  Dia suka abanglah (ckp dengan rasa tak bersalah langsung).

Dalam keadaan camni..risau gak sebenarnya.  Benda ni nampak kelakar tapi hati jadi risau.  Rancangan tv banyak tunjuk..bercinta pegang tangan, cium.  

Ammi siap sound Khilfi..
"Abang tak boleh pegang-pegang tangan Raudhah, usik-usik muka dia.  Kalau mak dia tau...abang kena tangkap masuk balai polis nanti.  Kalau Allah nampak lagilah...abang masuk api neraka".

Belajarlah dulu ye anak-anak.

No comments: