Kyra's 7th Birthday - Batch 1

Happy 7th birthday little angel.

You have grown up so fast..tolong grow up lambat sikit.  Ammi masih nak rasa ada anak perempuan yang kecik cute..

Semalam walaupun birthday kakak...ammi has to go to work.  Sorry kakak, ammi can't spend our quality time together during your birthday.  Sebab ammi kena kerja..jadi abah bawak anak-anak pegi jogging.  Ammi rasa jealous disitu.  Huhuhu.

 Pagi sebelum hantar ammi to work..kita sarapan dulu kat kedai area-area Changkat Raja Chulan.  So far ini kedai yang ada sambal best kat KL yang boleh diterima tekak oleh tekak abah ammi.

Borak-borak ngan nenek kat belakang tu...rupa-rupanya dia orang Rembau.  Kampung laki dia kat Melaka.  Patutlah...selera sambal kita sama.  Huhuhu

 Sebab dah plan nak gi jogging jadi kita order roti bakar je untuk alas perut.  Kalau tak karang baru lari suku round makcik kecik ni dah sibuk cakap sakit perut.

 Ni dorang pegi Tasik Perdana ke Tasik Titiwangsa ntah.

 Cantik pulak tempat ni.

 Bukan birthday boy tumpang enterframe.

 Ya Allah... dah besarnya anak dara ammi ni.



Semoga Kyra Saffiya jadi anak yang baik, yang mendengar kata, yang sentiasa gembirakan hati abah ammi dan adik-adik.

Semalam masa ammi post up pasal birthday kakak kat facebook..ramai saudara mara dan kawan-kawan ammi yang wish kakak.  So malam tadi ammi suruh kat reply sendiri ke semua orang.  And she did that.  Walaupun spelling kelamkelibut..tapi at least dia dapatlah type apa yang dia nak type.

Entry Batch 2 menyusul nanti.
Wah...macam anak orang ado-ado pulak nak buat birthday berbatch-batch.

2 comments:

eynda said...

Happy belated birthday Kakak...dah besar dah dia :-)

sheila arshad said...

thank you aunty eynda..
kannnn cepat je anak-anak ni membesar. samalah macam Adam akak..masa memula baca blog akak kecik je dia. skrg ni ya allah...tinggi dah dia.