Khilfi @ Hospital :: Part 2 ::

Khilfi kena admit sebab kena jangkitan Infuenza B.

Dia demam since hari Ahad petang.  So bila dah Rabu demam masih tak kebah-kebah walaupun makan ubat ikut waktu ammi mintak abah bawak abang gi check darah.  Dalam otak ammi pikir denggi je.  Sebab nyamuk kat dalam rumah tu pun boleh tahan bermaharajalela.  Pakailah ridsect sheltox ape sekali pun dia relax je terbang suka suki sana sini.  Dah takde perasaan nyamuk-nyamuk ni.

Pagi ammi pegi keje macam biasa.  Kejap tu dalam pukul 10 lebih abah whatsapp kata abang kena tahan sebab Influenza.  Haaa???? Saspen ok.  Berdebar-debar rasa dada ni.


Dalam 2 hari gaklah ammi bungkus dia dengan towel basah memalam.  Bila dah besar ni Abang ok sikit bab balut-balut ni.  Masa kecik dulu Ya Allah susahnya.


Masa ammi sampai hospital Nurse tengah nak check temperature bagai.  Dia senyum poyo je.  
Dr. Lai masa nak masukkan IV Line kat tangan abang cakap...masa doctor bincang ngan abah kene admitkan Abang...abang siap cakap Yahooo.  Seronok ke masuk hospital ni?

Seronok-seronok masa nak masuk line melalak tak hengat.  Sakit ammi tau.

Makan - masuk drip je dia pun ngantuk.

Kena kuarantin duduk sorang-sorang.

Nampak gila kuasa tengok tv.

Pelawat pertama Khilfi bersama sekotak besar Ferraro Rocher.  Maklang yang baru sampai dari Dubai.
Gaya macam baca Yassin..tapi maklang baca whatsapp je sebenarnya.

Coklat tu ada lagi maklang sampai harini.  Disiplin sangat budak-budak ni makan coklat sebijik je 2 hari sekali.

Sepatutnya Khilfi kena pakai mask..tapi yelah dia pesakit.  Dia refuse pakai mask jadi pelawat-pelawatlah yang kena pakai.  Apo nak buek... sesak napas ammi.

Tanda-tanda dijangkiti Influenza (B)
-  Demam panas berpanjangan
-  Selsema
-  Batuk
-  Sakit-sakit sendi
-  Muntah / Cirit Birit

Influenza berjangkit melalui udara, sentuhan direct kepada pesakit.  Jadi kalau kita gi visit orang yang ada influenza ni silalah basuh tangah bersih-bersih, pakai mask mulut sebab kita tak tau bila kita balik nanti anak kecik kita peluk cium kita kan.


No comments: