My Homemade Sardine

Ni cubaan kali kedua buat sardin sendiri guna pressure cooker kesayangan.  Masa yang first tu terlebih tomato so agak masam tapi dah namapun sardin.  Apa kejadian pun ammi tetap suka.

 Bahan-bahan:
Ikan sardin
Bawang sikit (dalam recipe yang ammi ikut kalini takde bawang, tapi ammi mmg suka derhaka recipe)
Tomato Puree
Tomato Sauce
Minyak masak sikit

Guna mode Stir Fry...kita tumiskan bawang sampai naik wangi...ammi tak bau wangi pun sebab hidung ammi tersumbat.


Lepas tu masukkan tomato puree and masukkan sos tomato jugak.  Ingat nak letak sos cili tapi takmolah.  Nanti masa nak masak barulah kita cilikan sardin ni.


Masukkan ikan sardin tu..golek-golekkan sikit supaya paste semua kene kat ikan tu.  Pastu tutup periuk and set ke HP90.  Gambar dah tutup periuk tak amik sebab ammi nak baring.  PENING

Ammi guna resipi ni kalini.  

Dah siap tu..masukkan dalam container kecik-kecik utk masak 2-3x sebab setakat ammi ngan abah je yang makan tak nak makan sekali harung ikan 12 ekor ni kan.

Dah sejuk sikit..letak je kat freezer sebab sardin ni kita tak guna bahan pengawet.  Kalau letak kat bawah je takut berkulat pulak nanti.

Weekend ni baru tau apa outcome sardin ammi kalini.  

No comments: