Our Weekend in Malacca

Tajuk macam...gi holiday luar negara gitu.

Last week kita balik Melaka.  

Kita bagi kakak Aimi, abang Adli & Dadek happy sikit.  Walaupun hakikatnya dadek buat hal sendiri je.  Kakak Aimi pun setiap hari dia whatsapp tanya bila nak balik, hari apa nak balik, kalau balik tido mana.  Fuhhh macam-macam soalan dia.

Sabtu...kita keluar.  Ammi nak beli baju kerja sikit kat area-area MITC tu.  Suka beli kat situ sebab rasa cam murah je.  Pernah tengok baju yang sama kat pasar malam.. harga dah jadi double.

Aimi & Adli dah jadi budak Melaka sekarang ni.  Handphone tak lekang dari tangan Aimi sebab dia tunggu mama & papa dia call or message.  Mama & Papa dapat pelepasan pakai phone dari pukul 10pagi sampai 6 petang je.  Sian dorang.

Gi lunch kat Restoran Warisan D'Maria sebab Kaklang kata Asam Pedas dia sedap.   Sampai situ, mmg dia ada set asam pedas je pon utk haritu.  Kalau nak makan lambak-lambak ala-ala Shell Out tu ada jugak dia kata..dia boleh masak walaupun sebenarnya start pukul 3pm.  Tapi takpelah...bawak budak kenit-kenit ni nanti semua yang melambak tu dah tentu-tentu Abah ngan Ammi yang kene setelkan.


Apa yang Ozil geramkan ntah.

Lepas makan kita gi beli baju-baju.  Beli baju untuk Aimi ngan Adli sebab Umi bekalkan baju selai je.  Kitorang plan bagi dia lepak-lepak sehari lagi kat rumah Atuk.  Dah tengah-tengah bulan ni...kita beli baju kat Hari-Hari je ye.

Dah beli-beli jom kita ke Pantai Klebang.  Memang plan nak bawak budak-budak ni gi main layang-layang.  Mr. Kay punyalah pusing sana cilok sini nak elak jam.  Berjaya!

Yang lain semua dah main...ammi kena duduk dalam kereta sebab budak botak ni tido.  Penuh cahaya keimanan gambar ni.  Huhu.

Sebenarnya kereta tak boleh nak masuk kawasan ni hari Sabtu haritu sebab ada konsert AJL mende ntah.  Tapi muka Mr. Kay kan mmg dah macam mat rock.  Pastu kat kereta memang tergantung tag dia jadi crew utk few events...jadi guard yang jaga tu pun lepaskan je kereta kitorang masuk.

Layang-layang ni macam best.  Mesti mahal harganya sebab dia control guna benda apa ntah kat tangan.

Puas zoom... jauh gila dorang ni gi berlari kat tengah padang.



Masa Ammi dapat turun...layang-layang pun dah koyak.  Dorang dah start main bubbles pulak.  Tengok budak kecik tu punya laju dia jalan sorang-sorang kat belakang tu.

Excited dia tengok layang-layang yang best tadi tu.  Sebab macam ada bunyi jugak layang-layang tu.


Berjaya diberkas.

Alololo...buat muka comel pulak mak dia.

Harap-harap Aimi & Adli seronok.  Minggu ni Ammi ngan Abah tak balik tau.

Ammi rasa Ammi suka kat area Pantai Klebang ni.  Lenkali nak try datang belah malam pulak sebab banyak gak stalls yang jual makanan and kita tengok apa aktiviti yang dorang ada belah malam.

No comments: