Readymade jadi Homemade

Masa abang demam haritu..dia berselera pulak nak makan nasi goreng mamak bawah rumah ni.  Ikut tekak ammi macam tak sedap je nasi goreng mamak ni sebab dia macam ada perencah maggi kari tu.  Tapi dah itu yang dia rasa berselera nak makan...layan ajelah.  

Abang nak nasi goreng, kakak nak nasi goreng pataya.  Mamak tu takde pataya.  Takpe.  Beli je nanti ammi patayakan nasi goreng tu.

Nasi goreng beli tanpa pataya.


Ammi berjaya mempatayakan nasi goreng tu walaupun melecur jari jemari ammi.  Ammi lupa nak guna kain masa pegang telinga kuali tu.  Tak pasal-pasal terjerit kat dapo.

Kakak siap bangga peluk-peluk ammi sebab ammi dapat buat nasi macam ni.  Haaaa baru tau ammi hebat ke tidak.  Huhuhuhu...tetiba ammi poyo.

No comments: