Sabtu Kami

Khamis & Jumaat haritu ammi dapat MC sebab sakit mata.  Hari Khamis malam tu mata macam dah ok..ammi pun kononnya macam setlah nak gi cari study table kakak and nak gi visit baby Harraz kat hospital Jumaat tu.

Pagi ammi sempat pegi renew lesen kereta yang dah expired.  Bila agaknya ammi dapat drive ye?? **Jeling-jeling manja kat abah ni**

Balik dari renew lesen tu ammi dah flat dah..tetiba je demam ngan hidung meleleh-leleh hingusnya.  Hadoiiiiii macam tau-tau je ammi tengah MC semua sakit pulak yang nak datang time ni.  Nasib baik gak tak jadi gi Putrajaya...kalau tak kesian baby Harraz kene jangkit nanti.

Sabtu..pagi kononnya nak bagi badan tu segar sikit...kita pegi jogging kat Tasik Perdana.


Seksi pulak abang posing camtu.


Sampai sana macam berat je rasa badan nak lari.  Kita bawak anak-anak main playground jelah.  

Seronok dia ni.  Dia lagi pandai control badan masa naik swing ni compared to abang.

Dah naik takmo turunlah pulak.

Si gumuk ni takyah cakaplah...dah tinggi dah dia hayun buaian.

Abang masih takut.  Asyik nak suruh orang tolak dia je.  Dia tak reti nak gerakkan buaian tu sendiri.

Memang anak-anak dapat main buaian je pun.  Mainan yang lain semuanya basah sebab hujan lebat kot malam tu.

Takpelah..main buaian pun budak-budak dah happy.  Lepas main kita gi makan kat Tanglin and terus je shoot gi Mydin USJ nak beli barang-barang dapo.

Sabtu tu ammi masak... sup leher ayam, pedal belado, brokoli celur and bayam goreng.  Tu aje.  Gambar ilek sebab malas.  Lunch pun dah dekat nak pukul 3 sebab dah breakfast lewat pastu masa gi Mydin dah makan durian crepelah bagai.

No comments: