Sajian Dulang

Macam nama restoran pulak.  Bolehlah bagi nama ni kat restoran ammi manalah tau satu hari nanti ammi terpandai masak.  Sekarang ni masak rasa kejap ok kejap kelaut.

Ni cerita few weeks ago...ammi lupa plak nak share.  Abah teringin nak makan kari kepala ikan sebab abah kata haritu masa kat rumah Muma kepala ikan abah Nek Al dah sailang awal-awal.  Terliur abah.  Hahaha.

Kakak ngan abang awal-awal lagi dah booking nak makan dalam dulang.  Ok...apa-apa je asalkan makan banyak and habiskan semua lauk-lauk yang ada.


Tu dia...makan duduk bersila atas lantai.  Dulang tu untuk Abah, kakak & abang je.  Ammi tak join sebab emmmmmmm...takpe biar ammi makan dalam pinggan ammi sendiri je.

 Kari kepala ikan, beans goreng, ikan pekasam goreng, tolo masin ngan sambal gesek.  Dah.  Ikan goreng untuk Ozil tak kelihatan pulak dalam gambar ni.


Ozil dah kenyang dah time kitorang makan...jadi ammi bagi je dia sayur ni supaya dia tak sibuk nak kacau kita makan.

*** auto publish entry ***

No comments: