Makan Lauk Kenduri kita.

Kalau bab bergambar bagi je kat budak-budak ni.  Ada je pose nak buat.  Gambar ni ambil masa pergi wedding anak arwah PakNdak kat Slim River.  Yang kawin ni kiranya sepupu Mr. Kaylah.



Si kecik ni pun bukan main lagi.  Gelak macam ada orang sakat dia je.

 Apa yang seronok sangat ntah.

Pengantin dan PakNgahnya.
Nampak tak muka ammi senget.  Masih bengkak lagi belah kiri ni.

Anak dara ni dapat penyakit ammi la pulak.  Ammi kan selalu suka ambil gambar kaki.

Nenek Basiah pun wefie gak.

Tajuk post, makan lauk kenduri.  Tapi ammi tak makan pun sebab macam dah kenyang sarapan dekat RnR Sungai Buloh.  Pastu bukan boleh makan keras-keras pon.

Gambar lain macam malas nak ambik sebab sibuk layan kejar si kecik kepala botak ni.  Berlari kesana sini.  Hadoilahhhhhh.

No comments: