Menu Dietlah S-A-N-G-A-T!!

Ini gambar few weeks ago.

Bila dah taktau nak up kan entry apa kat blog...kita letak je pasal makanan.  Simple.

Ammi marinate ayam ni kalau tak silap ammi hari Ahad.  

Perapan:
Ayam bahagian isi (ammi ketuk-ketuk sikit ayam ni)
Sos lada hitam Zuza (sedap wei sos ni)
Garam
Madu
Mixed Herbs

Dah well mixed ammi letaklah ayam ni kat dalam fridge (in between freezer & bahagian bawah).  Sekali hambikkkkkk..sampai hari Rabu baru teringat nak grill.  Masa tu rasa cam..nak grill ke nak buang, nak grill ke nak buang..bau busuk semua takde maybe sebab tempat dia tu agak sejuk gak.  Takpe kita cuba je grill dulu.  Kalau ok maka oklah dia.  Kalau tak bye bye chicken meat.


Huiiiii..sedaplah pulak.  Juicy and daging ayam tu jadi lembut bak sutera (ok ini tipu).  Memang lembut isi ayam tu.  Lain kali bolehlah marinate sampai 3-4 hari lagi ahhahahaha..


Ni lah lada hitam tu.  Best... cicah gitu pun ok.  Buat masak pun ok, buat perapan pun ok.  Yang penting sos ni tak masam.

Penah skali tu beli brand yang agak fofularr... sos dia ada rasa-rasa masam.  I don't like.

No comments: