Ozil lagi

Ehhhh...entry harini memang pasal budak motak ni je ke ye?

Lantaklah janji ada cerita anak-anak ammi nak baca kemudian nanti.

Alhamdulillah...anak-anak ammi memang suka minum air masak, air suam.  Abang lagilah..kalau gi makan kat kedai tu orang lain order sirap limau, milo, teh o, fresh orange dia order air suam.  Bagus anak ammi.  Jimat duit abah.  Hohohoho.

Ozil pun tak terkecuali..selalunya beriya-iya dia minum siap buat bunyi ahhhhh lagi dihujung-hujung tu.  Hebat lakonan kamu anak.

Bila dah lega haus kat tekak tu... dia still sedut lagi air tu..tapi pastu dia main sembur-sembur.

Nampak tu mulut dia..dia keluarkan air sikit-sikit dari mulut.

Habis tau basah kuyup baju sampai ke sluar.

Lepas ni macam bagi dia minum pastu botol kene simpan.  Janganlah bagi dia simpan sendiir macam selalu.  Memang dia kuyupkan baju tu.

No comments: