Ozil oh Ozil

Ini cerita hari Rabu yang lepas (27.1.2016).

Pagi biasanya ammi akan buatkan susu untuk Ozil, dia minum and dia sambung tido sampailah masa kita dokong dia untuk hantar ke rumah Ibu.  Pagi itu...mungkin nak dijadikan cerita...lepas minum susu dia tak tido.  Dia bangun bebel2 joget2.

Around 7.15am kakak was having her breakfast.  Ozil nak panjat kerusi yang kakak duduk and entah macam mana dia tak balance and jatuh.  Masa jatuh tu dia nangis and abah cepat2 ambik dan gosok-gosok kepala dia.  Ingatkan biasa...rupa-rupanya darah meleleh2 atas lantai, baju semua.


Dia nangis dalam 5 minit je.. pastu siap joget-joget dengar lagu kat tv.

 Habis tilam tu berdarah-darah sebab dia hempas-hempas badan kat situ.  Ozil memang ada habit suka hempas badan kalau dia tak suka sesuatu.   Geram je tau.

 Tukar-tukarkan baju dia..lap sikit darah-darah yang meleleh tu and kita gi clinic.  Clinic yang first yang abah & ammi pegi tu dedekat dengan skolah abang dekat Lake Fields.  Itu je clinic 24 jam yang ada.  Sampai dalam bilik doctor tu ammi tengok rupa doctor tu macam x semenggah je.  Rambut mcm tak bersikat..baju komot-komot tak bergosok.  Hooiiiii macam tak yakin je.  Pastu dia kata kepala Ozil kene jahit tapi dia takde bius.  Whattttt?????  Ammi kata takpelah gi tempat lain.

 On the way gi hospital.  Anak ammi sangat kuatlah.  Dia tak merengek pun.

Inilah keadaan luka dia.  Doctor yang rawat masa kat Emergency tu kata luka agak dalam 2-3cm.  Bila dah masuk bilik bedah baru doctor dapat tengok keadaan sebenar.  Sebenarnya luka dia dalam 3cm and dah nampak tulang putih tengkorak.  Erkkkkkk..ngilu pulak ammi.


Sementara nak admit, doctor kat emergency tu balut kepala dia.  Takmolah ada kuman masuk dalam luka tu.  Kali pertama dia bukak..bukan aje bandage tu yang dia bukak...plaster tu skali dia cabut.  Hadoilah anak.

Sudahnya doctor jadikan dia macam ni.  Pasang dua-dua belah tangan dia dengan "apakenamantah".  Lagi stress dia sebab tak boleh nak guna dah tangan tu.

 Masa ni belum masuk Operation Theathre lagi.  Dia kena puasa dulu dalam 5 jam sebab ammi dah bagi dia susu last pukul 6.30 pagi.  Sian dia tido dalam kelaparan.  Dengan ammi sekali belapar.

Ozil masuk bilik bedah around 12pm.  Prosedur agak cepat dalam 30 minit je.  Dia memang dibiuskan penuh.  Nak bagi dia sedar pun satu hal jugak.  Puas Dr. Melvin (Pakar Bius) and nurses dalam bilik bedah tu panggil...Khalif Khalif wake up.  Wake Up.  Bila ammi dah dipanggil untuk datang ke depan OT ammi cakap ngan doctor..cuba panggil dia Ozil sebab he responds more to his nickname.  Tadaaaaaa...berjaya.

Lama jugaklah dekat bahagian recovery tu.  Dia sedap tido.  Tapi kita kena kejutkan dia.  Dia kene sedar betul then only boleh hantar ke ward.  Puaslah akak-akak nurse tu kejutkan dia.  Letak warmer, geletek kaki bagai.  Finally...1.20 baru dia sedar bebetul.


Sampai je bilik ammi buatkan susu cecepat.  Kesiannya tengok dia minum laju.  Habis satu botol yang 7oz tu dia nangis lagi.  Ammi tambah lagi 4 oz.  Habis gak dia minum.  Nampak nau lapar.  Ni kejap je berjaga.  Dia jadi macam tido bangun tido bangun.  Dia bebetul bangun dalam pukul 4pm.

Dah bangun..kene tunggu air kat drip tu habis dulu then only boleh bagi dia jalan.  Memang dia takmo langsung duduk dalam bilik.  Dia pegi kat pintu korek-korek pintu dengan tangan robocop dia tu.


Bising ok mulut dia.  Poyo sangat ni.

Ajak masuk bilik takmo...dia duduk kat corner tu macam tu.

Takde pun rupa orang baru lepas operate tau budak ni.

Nilah report doctor tu.

Esok kena jumpa doctor untuk bukak jahitan dia.  Haritu dapat 2 jahitan.  Harap-harap dia ok esok.

1 comment:

Shamriza said...

get well soon Ozil
hopefully nothing serious..
muahhasss from aunty yg jauh nie..