Sakitnya tu disana sini

Hari Jumaat (12.2.2016) ammi MC.  Sakit gigi start dari Rabu..tido malam pun tak tenang.

Gigi ammi ni sebenarnya dah berjaya diselamatkan for nearly 9 years.  Ammi buat RCT (Root Canal Treatment).  Patutnya untuk kuatkan lagi gigi tu doctor cadangkan buat crowning..tapi ongkosnya nggak cukup.. jadi bertahanlah gigi ni.

Tahun lepas 12.2.2015 gigi ni patah sebelah.  Tengah ammi makan burger prakkkkk.. patah.  Pegi clinic, doctor kata dia cabut yang dah goyang tu je.  Lagi separuh tu masih utuh so dia taknak kacau.  Whateverlah doctor.

Ngam-ngam setahun, tamatlah riwayat kamu gigi.  Ammi tak tahan dah so cabut ajelah.  Doctor siap tanya masa nak cabut tu..kenapa awak rasa nak cabut gigi ni?  Kenapa tak selamatkan?  Ammi kata, gigi ni dah tak membantu saya doctor.  Memang ammi rasa for the past 1 year gigi ni tak membantu.  Ammi takut nak kunyah makanan guna gigi tu.  So kita cabut jelah.  Sebab gigi tu macam dah agak tak kuat..jadi dia pecah jadi 3 bahagian.  2 bahagian dapat dikeluarkan.  Yang ketiga doctor kata sangat kecik dia godek-godek still takmau keluar.  Doctor bius ammi sampai 3 kali sebab ammi dah rasa sakit masa doctor korek-korek tu.  Ewwwwww.  So setakat harini masih ada lagi baki kaki gigi kat dalam ni.  Doctor harap gigi tu akan naik masa dalam proses gusi tu nak mengecut.

Balik rumah...ammi rasa pening-pening ngantuk sikit.  So, ammi lelaju masak bubur sebab Kyra pun nak makan sama.  Dah masukkan bubur dalam pressure cooker ammi jemur kain jap sebab sebelum pegi clinic dah jalankan machine.  Seeee..perancangan kena proper ye.

Tengah-tengah jemur kain tu sekali bunyi macam meletup kat dapur tu.  Saspen sangat ni.


Melimpah-limpah ke lantai air dalam pressure cooker tu.


Lid periuk tu masih intact tapi ntahlah.  Kawan-kawan kata lama sangat aku set timingnya.  Air pun lebih.  Masa masih berasap-asap tu ammi takdelah gi dapo tu..lantaklah nak jadi apa dalam hati tu.  Bila dah tak dengar bunyi ngan asap dah takde baru gigih gi dapo tutup suis.

 Tu dia...melantun melekat bubur cheq ke atas siling.  Apakah bubur itu keluar melalui lubang udara kecil dari penutup periuk tu?  Confuse.


Jadilah jugak bubur tu..cumanya ammi alih ke dalam periuk lain tambah air sikit kacau-kacau dah siap.  Pastu buat sambal sardin bodo-bodo sikit ngan goreng ikan tamban untuk Kyra.  Siappppp.

Jadilah makanan untuk orang sakit mulut.  Senget je muka masa ni.

Dahlah sakit gigi, sakit pipi pastu nak bersihkan segala yang melimpah ni.  Dinding sana sini melekat nasi.

Sakitnya dimana-mana!

No comments: