Sinusitis

Ammi start sakit kepala dari hari Sabtu (6.2.2016).

Sebenarnya ammi dah kena selsema ni start dari 15.1.2016.  Ammi ingat sebab masa tu ammi MC because of eyes infection.  Lamalah pulak tak baik-baik selsema ni.  Ubat selsema ammi makan malam je sebab ammi biasanya kalah sikit dengan ubat selsema.

Tak sangka pulak dia boleh jadi macam ni punya disaster.  Kesian anak-anak tak dapat berjalan pun cuti panjang sebab ammi memang sakit.  Hari Sabtu tu ada makan-makan kat rumah Makcik kat Senawang pun ammi macam tak lalu nak tolong.

Ammi ingatkan migraine sebab sakit kat belah kanan.  Ammi mintak abah belikan ubat migraine (cafergot) ngan ubat selsema.  Dah makan dalam 2 jam gaklah baru lega sikit sakit kepala tapi esok tu ada balik.  Esok lagi ada lagi.  Hooiiiii tak reti nak blah ke apa migraine ni.  Ammi siap stimkan muka sebab nak bagi hingus tu kluar.  Rasa macam tersumbat je kat bawah mata.  STRESS.

Ada kawan suruh letak ice kat pangkal leher.  Ammi buat and lega banyak.  Minum green tea semualah.  Membantu tapi tak bertahan.

Mujur juga ammi sakit kat rumah Muma.  Muma ngan kakak Alya yang uruskan Ozil.  Thank you both of u.  Hari Isnin malam balik KL semula sebab ammi pikir ada kain satu mesin nak kena basuh.  Balik basuh-basuh kain..sapu-sapu rumah.  Kepala dah ok dah time ni.  Ingatkan esok tu bolehlah gi membeli dan belah jap.

Tapi.....hari Selasa tu paling kritikal.  Ammi sampai tahap menangis and Kyra gelabah sebab ammi nangis.  Pagi tu ammi sempatlah buat lempeng ngan sambal ikan bilis...tapi masa tengah menyambal tu macam zassssss tetiba sakit tu mari.

Gi klinik doctor kata ini bukan migraine.  Kalau migraine makan ubat khas utk migraine dia akan hilangkan kesakitan.  Ini sinusitis.

Resdung


Tanda-tanda kena sinus ni antaranya:

-  Sakit kat bahagian mata, bawah mata.  Bila tekan mmg sakit
-  Hidung tersumbat
-  Hingus dah start bewarna
-  Hilang deria bau... Ozil yakyak cair pun ammi tak bau.  Sampai melehet-lehet kat sluar.
-  Rasa nafas macam tak sedap je
-  Gigi geraham pun rasa cam sakit especially bila kita kunyah or ketap gigi.
-  Masa baring mengiring boleh rasa cecair bergerak kat belah bawah mata tu... 


Makanlah ubat-ubat ni.  Dah makan tido jap...alhamdulillahhhhhh lega.


Anak-anak.....kita gi jalan hujung minggu ni jelah ye.



No comments: